Friday, July 24, 2009

Selangor mahu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini kesal dengan keputusan yang menghadkan siasatan Suruhanjaya Diraja kepada hanya memastikan sama ada hak asasi mendiang Teoh Beng Hock telah dicabul ketika beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerajaan Negeri percaya Suruhanjaya DiRaja perlu dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kematian Teoh – dan bukannya inkues seperti apa yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan hari ini.

Kerajaan Negeri juga menyoal keperluan untuk mengguna dua prosiding yang berlainan untuk menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.

“Kita telah meminta satu Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian mendiang Teoh dan juga kredibilibi SPRM. Kita merasakan Suruhanjaya DiRaja adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk median dan keluarganya,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.


Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan tetap melantik peguam untuk mewakili Kerajaan Negeri Selangor dalam prosiding Suruhanjaya Diraja dan inkues.

Langkah ini adalah perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan Negeri dan juga untuk memastikan hak –hak mediang dan keluarganya terbela.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar dalam satu sidang media petang tadi telah mengumumkan bahawa siasatan (SPRM) ke atas pegawai kerajaan dan wakil rakyat Pakatan Rakyat hanya boleh dijalankan di dalam pejabat mereka bertugas.

Menurutnya keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) siang tadi, bertujuan untuk menjamin keselamatan pegawai di samping memberi kerjasama kepada pihak SPRM sehingga siasatan ke atas tragedi pegawai kerajaan mendiang Teoh selesai.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
22 Julai 2009

1 comment:

Asia Biz Malaysia said...

Quickly!!! visit this site, see what has happen on TEOH BENG HOCK on that nite...
http://advocateviews.blogspot.com/