Tunang Teoh Beng Hock, yang ditemui mati dalam keadaan penuh tanda tanya selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan ke balai Kajang petang esok.
Soh Sher Wei, yang sedang hamil dua bulan anak pasangannya, akan diiringi beberapa peguam DAP untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah.
Seorang peguamnya Lim Lip Eng, yang juga ahli parlimen DAP Segambut, bagaimanapun tidak pasti motif polis menyiasat Soh.
Ahli keluarga teoh turut dipanggil memberikan keterangan di tempat dan waktu yang sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Ean dan seorang lagi peguam M Manoharan dijadual memberi keterangan kepada polis jam 3 petang ini di pejabat exco tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor.
from Malaysiakini BM version
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment