Saturday, July 18, 2009

Kit Siang: Meminta satu perjumpaan dengan PM segera

18hb Julai 2009

Y.A.B. DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Menerusi Fax (603-8888 3444) & Emel (ppm@pmo.gov.my)


YAB Dato’ Seri,

Per: Meminta satu perjumpaan dengan YAB segera

Saya menulis untuk meminta supaya satu perjumpaan dengan YAB boleh diaturkan secepat mungkin selepas kepulangan YAB dari lawatan ke luar negara.

Ini adalah mengenai isu kematian misteri salah seorang pembantu Exco Negeri Selangor, En Teo Beng Hock, di sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semasa memberikan penerangan di pejabat berkenaan pada hari Khamis, 16 Julai 2009. Insiden ini telah mencetuskan perasaan takut dan curiga orang ramai terhadap kebolehpercayaan SPRM khasnya dan pihak penguatkuasa kerajaan amnya dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Diharap YAB akan mengizinkan permintaan ini.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Lim Kit Siang
Ketua Parlimen
Parti Tindakan Demokratik

6 comments:

Josh said...

What's the use of writing such letter? Has it ever worked?

Samuel said...
This comment has been removed by the author.
Samuel said...

correct, correct, correct......

auntiemarah said...

barang yang dirampas oleh pihak macc daripada beng hock tu berada di mana?di tempat kejadian atau masih di tangan pihak macc.bagi i mr.lim ketua parti dap berupaya dalam kes sedemikian.kenapa pakatan rakyat tak menwujudkan 1 forum untuk seluruh rakyat malaysia berbincang dalam kes ini dan kes2 besar yang lain.bg i forum lah yang dapat berkomunikasi untk rakyat dan ketua pakatan rakyat.

Jong said...

With this letter, the rakyat/people will decide their next course of action. GE-13 won't be too far off, MACC has helped hammered down the last nail of UMNO/BN coffin.

mastersifu said...

YAB NAJIB WILL RESPOND TO U MR LIM,
HE CAN'T SLEEP THE LAST TWO NITES IN ARAB,SO REGRET AND DISAPPOINTED THAT HIS 1 MALAYSIAN PLANS WAS TOTALLY RUINED BY SOME IDIOTS..
YAB WILL SEE U,AND FACE ALL MALAYSIAN..