Friday, July 17, 2009

Pakatan: Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat,
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
YB Lim Kit Siang, Ketua Ahli Parlimen DAP

17 Julai 2009

4 comments:

auntiemarah said...

pakatan rakyat harus lakukan sesuatu untuk menuntut keadilan ini.siapakah mangsa seterusnya?adakah kes ini jua akan ditanggung hingga berbulan2 atau bertahun2.seperti kes besar yang lain?sebagai rakyat malaysia kak hanya ingin hidup dengan aman dibumi yang ku cinta ini.bukannya hidup dalam keadaan berwas-was seperti negara jiran. rusuhan,dendam bangsa,penganas bom sana sini.berusahalah pakatan rakyat

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

赵明福先生:您走好,在天有灵,您的牺牲,希望能唤醒全体马来西亚人民,不论马来同胞,华裔同胞,印裔同胞或土族同胞,看清楚現任國阵政府,已是滥权到极点。讓我們在2013年的選舉中,把國阵中央政府變成在野党,替您(替人民,老百姓)伸冤,还您一个公道。
我为一个黑色的马来西亞感到無比的痛心和难過,全体马来西亚人民必需要改變( All Malaysian NEED to CHANGE )

Unknown said...

Coach bags
is famous for manufacturing the vast range of designer bags and using only he best quality raw material. Some other products offered by Coach include travel bags, wallets, watches, business cases, footwear as well as jewelry. What is your core heart wish? Is it to hold a Coach Ergo
? Can you afford to have a designer bag? If your answer to the last question is "no" then the following reading would be of great help to you.
You must know that it is not easy to obtain Coach Gallery
outlet coupons for shopping Coach Hamptons
and purses.